Sunday 29 January 2012

Tujuan dan Perancangan Jangka Pendek KOPERASI KOMUNITI MELANAU DALAT BERHAD

Tujuan penubuhan koperasi ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyemarakkan semangat berdaya saing dalam perniagaan dan membina satu mekanisme kebajikan yang mampu berdiri sendiri melalui organisasi kebajukan yang berteraskan perniagaan serta bertujuan membantu komuniti melanau di dalat melalui perancangan jangka masa pendek tetapi konsisten. di samping itu untuk menambah baikkan ekonomi komuniti Dalat melalui perancangan jangka masa panjang sekiranya dapat membangunkan kilang rumbia/sawit.

Perancangan jangka pendek berunsurkan komitmen sosial yang ketara yang akan diurus Koperasi sebagai permulaan aktiviti koperasi:

  • Pengurusan jual beli dalam industri rumbia di Dalat di mana sasaran pelanggan Koperasi adalah pemilik pemilik kebun rumbia yang bekerja jauh dari Dalat. Keuntungan dikongsi bersama dan diuruskan sebaiknya. Selain dari itu perancangan untuk membina Kilang Rumbia.
  • Perladangan sawit di mana ini adalah salah satu perancangan jangka masa panjang. Perancangan jangka masa panjang ada diceritakan di entry sebelum ini (Sila klik di sini)
  • Kedai Mini/Peruncitan/Pemborong - Sasaran pelanggan di dalam perniagaan ini adalah sebagai alternatif kepada komuniti melanau Dalat melalui Mini Market yang menyediakan keperluan majlis perkahwinan atau kematian. Mini market ini akanmembekalkan barang barang keperluan dengan haraga yang berpatutan dan dengan kadar segera.
  • Pengangkutan - Perniagaan ini adalah untuk memberi khidmat pengangkutan melalui jalan Dalat - Oya - Mukah. Perkhidmatan ini juga adalah untuk khidmat kebajikan di mana pengangkutan disediakan bagi komuniti yang berada di luar dalat e.g menyediakan pengangkutan untuk membawa jenazah/keranda. Perancangan jangka panjang bahagian pengangkutan ini adalah mencebur dalam bidang pengangkutan dalam negeri.
Diharapkan dengan penubuhan Koperasi KOmuniti Melanau Dalat Berhad ini, akan membantu meningkatkan taraf ekonomi komuniti melanau dalat dan dengan koperasi yang berlandaskan kebajikan ini akan meringankan beban yang dihadapi orang tertentu.





No comments:

Post a Comment