Tuesday 24 January 2012

MALAYSIA merdeka 31 Ogos??


Setelah bertahun kita telah dikaburi oleh kerajaan Malaya, kita di sarawak telah menyambut kemerdekaan setiap tahun tanggal 31 Ogos... kita telah diajar semenjak sekolah menengah lagi bahawa Malaysia merdeka 31 Ogos 1957....

Tapi tahukah kalian Malaysia belum wujud pun pada 31 Ogos 1957? Penubuhan Malaysia hanyalah pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya setuju menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia tetapi menarik diri kerana Sultan Brunei diberi kedudukan yang rendah berbanding Sultan Sultan Melayu yang lain disamping bantahan dari kalangan rakyatnya....

Setiap tahun kita bergembira melaungkan merdeka pada tarikh berkenaan, tapi kita Rakyat Sarawak ni sebenarnya sedang bergembira di atas kemerdekaan TANAH MELAYU... jadi sedarlah kawan kawan ku semua... Mari boikot sambutan ini di Sarawak....

Pada tahun 2011, sambutan Hari Kemerdekaan ditangguh ke 16 September, kerana Ogos telah jatuh pada bulan puasa dan dapat sambut serentak dengan Hari Malaysia. Sumber Tema Hari Kemerdekaan Mari kita lihat tahun ini masih disambut atau tidak.... Jangan lah anda sekalian teruja ingin menyambut kemerdekaan orang lain ok? (^__^)





p/s: jika anda ingin melihat Sabah dan Sarawak menuntut hak yang lama hilang serta keluar dari Gagasan Malaysia, sila sign petition ini Petisyen Hak Sabah dan Sarawak



1 comment:

  1. Long Live Sabahan and Sarawakian People! Let us FREE OUR PEOPLE!!!

    ReplyDelete