Saturday 24 December 2011

Singapura menarik diri atau dihalau dari Malaysia???

Berapa ramaikah yang mengetahui tentang sejarah Singapura berpisah dari gagasan Malaysia? kalau diikutkan buku teks sejarah di sekolah yang banyak memuji UMNO tu, Singapura dikatakan telah menarik diri dari Malaysia... ooohhh tidak.... anda telah ditipu buku olahan UMNO.... mari saya ceritakan serba sedikit tentang Singapura yang sebenarnya DITENDANG Tunku Abdul Rahman dari Malaysia..

Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan bersama oleh Sarawak, Sabah, Singapura dan Tanah Melayu. Selepas pembentukan Malaysia, parti Politik Utama Singapura iaitu PARTI TINDAKAN RAKYAT memenangi pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hak istimewa Melayu dan mempersoalkan keistimewaan Raja Raja Melayu telah merisaukan UMNO. Atas desakan UMNO, Tunku Abdul Rahman telah menyingkirkan Singapura pada 9 Ogos 1965.




Lee Kuan Yew yang pada asalnya sangat menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia




Bersedih kerana telah diusir dari Malaysia kerana UMNO yang tidak senang hati dengan permintaan demi permintaan Parti Tindakan Rakyat




READ MORE- Singapura menarik diri atau dihalau dari Malaysia???

Friday 23 December 2011

Perancangan Jangka Masa Panjang Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad



Untuk merealisasikan perancangan koperasi untuk membantu komuniti melanau Dalat, pihak Ahli Lembaga Koperasi(ALK) di dalam perancangan untuk memohon tanah melalui agensi yang berkaitan. Pra perbincangan bersama agensi yang berkaitan telah dilakukan cuma kini menunggu sijil pendafaftaran koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk projek ini ke hadapan. Pihak ALK berharap akan mendapat sokongan dengan mengisi borang pendaftaran dengan segera dari komuniti melanau Dalat. di bawah ini adalah perancangan kita untuk koperasi bagi jangka masa panjang.

CADANGAN PERMOHONAN PEMILIKAN TANAH STATELAND BAGI TUJUAN PERLADANGAN KELAPA SAWIT OLEH KOPERASI KOMUNITI MELANAU DALAT BERHAD.

Objektif                    Permohonan Tanah Stateland di Dalat Catchment
                                   Area untuk Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad.

Keluasan                   2700 ha approximately

Projek`                     : Konsep Ladang Rakyat seperti konsep NCR
                                       (Perladangan Kelapa Sawit).

Perolehan                 : 50% untuk Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad.

                                  : 20% untuk JKKK Kawasan Kampung penat, Kampung-
                                      Kampung Batang Oya dari   Kuala Oya hingga Kampung
                                      Kelid termasuk kampung-kampung dalam kawasan Sungai
                                      Kut dimana pembayaran adalah melalui Koperasi Komuniti
                                      Melanau Dalat Berhad. Pembayaran hendaklah dibuat
                                      setahun sekali kepada JKKK melalui Pengerusi-pengerusi
                                      JKKK berdasarkan keuntungan tahun-tahun semasa selepas
                                      cukai.

                                   : 20% untuk membiayai dan mengisi Tabung Kebajikan dan
                                      pendidikan Komuniti Melanau Dalat Berhad yang akan
                                      dikendalikan oleh Persatuan Komuniti Melanau Dalat
                                      dimana sekurang-kurangnya duaorang Ahli Jawatankuasa
                                      pemegang Amanah Tabung tersebut adalah Anggota
                                      Lembaga  Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad.

                                   : 10% Pemaju.

Agensi Pemaju           : FELCRA bhd.

Laporan EIA               : Pemaju 100% mengurus serta membayar kos menyediakan
                                     laporan EIA.

Proses memohohan akan dibuat oleh Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad dan satu ikatan persefahaman akan dimeterai dengan FELCRA Bhd. sebagai agensi pemaju.
Pemilikan tanah ini adalah 100% milik Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad. Geran hendaklah atas nama Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi hanya mendapat elaun semasa mesyuarat atau perbincangan diadakan.
Setiap Ahli-ahli Koperasi berhak untuk mencadangkan perlantikan Audit dalaman dari kalangan Ahli-ahli Koperasi yang berkelayakan bagi tujuan pengauditan.
READ MORE- Perancangan Jangka Masa Panjang Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad

Siapa pengganti Taib Mahmud?

sekian lama Pehin Sri Taib Mahmud berada di atas tangga teratas pemerintahan negeri Sarawak. Dengan dirinya yang sudah terlalu tua kita bimbang dia sudah tidak mampu nak buat keputusan dalam pentadbiran negeri ini. 


Taib Mahmud memerlukan pengganti sekarang ni. Tahukah kalian kenapa dia tidak meletakkan jawatan? salah satu jawapan saya adalah kerana tiada calon sesuai. Taib memerlukan pengganti yang selamat seperti mana Pak Lah memilih PM Najib untu menggantikannya. Bila Najib jd PM, Najib tidak mengganggu Pak Lah. Tun Rahman Yaakub dulu pun begitu, dia bagi Taib jadi ketua menteri, Taib tidak mengganggunya. 


Jadi jika ada sesiapa yang melawan Taib, jangan bermimpi lah nak menggantikan Taib.. Kalau yang kuat mengipas pulak lagilah jauh dari harapan kerana yang kuat mengampu ni tiada kekuatan sendiri. Jadi mana mana calon yang bijak tapi tak akan menjadi ancaman kepadanya akan berjaya menjadi ketua menteri. 


Untuk memastikan Taib tiada kuasa untuk memilih pengganti hanyalah dengan kebangkitan pembangkang, tapi bilakah masanya??
READ MORE- Siapa pengganti Taib Mahmud?

Mengenali Perjanjian Perkara 18/20 Sarawak dan Sabah Dalam Pembentukan Malaysia

entryku yang seterusnya adalah berkenaan dengan Perjanjian Perkara 18 Sarawak dan Perjanjian Perkara 20 Sabah semasa membentuk Gagasan Malaysia pada tahun 1963... Salinan di bawah adalah dari Perjanjian Perkara 20 Sabah, kerana kesukaran untuk mendapatkan salinan Perjanjian Perkara 18 Sarawak. Tapi tak pe la, sama je cuma Sabah ada tambahan 2 syarat. Borneo Utara adalah merujuk kepada SABAH....

PERKARA 1: AGAMA.

"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi tidak ada di Borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut perlembagaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."

PERKARA 2: BAHASA

"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari malaysia.
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempoh."

PERKARA 3: PERLEMBAGAAN.

"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah tentu perlu."

PERKARA 5: NAMA PERSEKUTUAN.

"Malaysia" bukannya "melayu raya".

PERKARA 6: IMIGRESEN.

"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan. 

PERKARA 7: HAK PEMISAH.

"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."
( Perkara 7 ini,tidak lagi begitu penting sekarang kerana keseluruhan 20 perkara ini sudahpun dilanggar oleh kerajaan persekutuan.Oleh itu Sabah dan Sarawak hari ini sudah terbuka untuk keluar dalam Malaysia berdasarkan perjanjian ini.

borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajaan persekutuan di borneo utara."

PERKARA 8: BORNEOSASI (PERKHIDMATAN AWAM.)

"Pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."

PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH.

"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari borneo utara."

PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN.

"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;
(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"; dan
(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi warganegara persekutuan."

PERKARA 11: TARIF DAN KEWANGAN.

"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri."

PERKARA 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo utara."

PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI.

"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."

PERKARA14: TEMPOH PERALIHAN.

"tempoh tujuh tahun peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan."

PERKARA15: PELAJARAN

"sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

PERKARA16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN.

"kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang pindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara. kuasa meminda perlembagaan negeri borneo utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu."

PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN.

"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura."

PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGARA.

"yang di pertua negara"

“ini bererti Borneo Utara dan Sarawak adalah sebuah Negara merdeka dan bukannya negeri biasa.”

PERKARA 20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN.

"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tidak harus merangkumi borneo utara."
READ MORE- Mengenali Perjanjian Perkara 18/20 Sarawak dan Sabah Dalam Pembentukan Malaysia

Mengenali Adat Kami Orang Melanau

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang', iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.

Bangsa Sembilan Pikul
Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan.

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'.

Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut:

  • Satu amas emas
  • Tujuh biji manik kehet
  • Lima manik tilak
  • Sepasang gelang perak
  • Empat bilah lembing
  • Dua belas belan
  • Sehelai kain lugi
  • Tiga ketul damar
  • Bagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga)
  • Bulang anyaman
  • Sebilah lembing untuk mengikis damar
  • Satu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang. Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa mereka.

Bangsa Tujuh Pikul
Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.
Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai. Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi sebuhuong pranakan bercura' (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe' makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan diikat dalam kain hitam.
Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing. Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila, sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang gelang perak dan bibe' kuali.

Bangsa Tujuh Beritih
Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut.
Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).
Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei, kila' (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan golongan seperti ini tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.

Peraturan Dalam Perkahwinan
Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:
  • Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.
  • Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.
  • Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.
  • Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.
READ MORE- Mengenali Adat Kami Orang Melanau

Mengenali Tanah Adat Bumiputera di SARAWAK(Tanah NCR)

Masyarakat Dayak di Sarawak telah secara tradisi mempunyai hak untuk menggunakan tanah dengan mengamalkan adat-resam mereka sejak dari turun-temurun lagi. Mengikut undang-undang Kanun Tanah Sarawak 1957, tanah adat Bumiputra ['native customary land' (NCL)] memang diakui. Walaupun undang-undang mengakui hak tanah adat Bumiputra masyarakat Dayak tetapi ada sesetengah pihak, contohnya, menteri-menteri, wakil-wakil rakyat (MP, ADUN), pegawai-pegawai kerajaan, syarikat-syarikat swasta, peguam-peguam dan juga ketua-ketua masyarakat Dayak sendiri tersalah tafsir definisi tanah adat Bumiputra. Konflik tafsiran definisi hak tanah adat Bumiputra ['native customary rights' (NCR)] ini timbul kerana tersalah intepretasi.

Pihak berkuasa terutamanya Kerajaan Negeri yang memerintah menyebabkan kekeliruan terjadi dikalangan rakyat. Kekeliruan ini timbul oleh kerana kurangnya pengetahuan dan pengertian tentang status, kewujudan, kesahihan dan keluasan kawasan sebenar yang patut dinyatakan sebagai tanah adat.

Selama ini rakyat telah dikelirukan dengan pelbagai propaganda, anggapan dan intepretasi yang bertujuan untuk menggugat status dan kesahihan tanah adat. Masyarakat Dayak serta suku kaum asli lain di Sarawak terkeliru dengan tafsiran yang salah oleh pihak berkepentingan diri yang menyatakan bahawa hak tanah adat hanya terdiri daripada tanah-tanah yang telah diusahakan sahaja.

APAKAH TANAH ADAT BUMIPUTRA ?

Mengikut adat-resam masyarakat Dayak, setiap ahli di dalam sesebuah komuniti mempunyai hak untuk menggunakan semua tanah ‘temuda’, hutan sekeliling dan saliran air di kawasan mereka. Adat mengenai tanah ini telah menjamin hak seseorang individu atau ahli keluarga sesebuah komuniti untuk menggunakan tanah dan hasil-hasil yang diperolehi dari hutan. Pada masa yang sama membuka kawasan tanah yang baru di dalam sempadan atau 'pemakai menoa' mereka.

Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai “tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan”. Oleh kerana masyarakat Dayak telah menetap di tanah mereka sejak beberapa generasi maka hak mereka telah diakui oleh undang-undang.

Tanah hak adat masyarakat Dayak merangkumi:

tanah ‘temuda’ terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan; dan

tanah ‘pemakai menoa’ di sekeliling ‘temuda’ iaitu kawasan hutan dara di mana hasil-hasil hutan dikumpul oleh komuniti secara keseluruhan, dan di mana komuniti berkenaan bergantung kepadanya untuk kehidupan harian mereka seperti memburu, memperolehi bahan-bahan binaan, ubat-ubatan dan sebagainya

‘pemakai menoa’ dalam Bahasa Iban bermaksud kawasan tanah komunal yang meliputi hutan dara, hasil hutan, sumberdaya, kawasan memburu dan tadahan air serta sungai-sungai yang mengalir di kawasan itu dan kesemuanya adalah milik bersama ahli-ahli di dalam sesebuah rumah panjang.

Kedua-dua klasifikasi tanah adat ini membentuk ‘Menoa’ yang mempunyai tanda-tanda sempadan dengan komuniti-komuniti lain. Sesebuah komuniti bergantung kepada kawasan ‘Menoa’ mereka untuk kehidupan mereka seharian. Maka tanah, hutan dan sumberdaya yang terdapat dalam kawasan Menoa adalah milik komuniti tersebut.

Selepas 1hb Januari 1958, di bawah Seksyen 5 (2) Kanun Tanah Sarawak, hak adat kepada tanah boleh dibuat dan diperolehi dengan menggunakan cara-cara berikut:

a) penebangan hutan dara dan menduduki tanah yang telah dibuka;
b) menanam pokok-pokok buah di tanah tersebut;
c) menduduki atau bercucuk tanam di tanah tersebut;
d) penggunaan tanah untuk perkuburan atau tempat pemujaan;
e) menggunakan apa-apa jenis tanah untuk mendapatkan hak; atau
f) (sudah dimansuhkan pada tahun 2000)

Undang-undang tanah Sarawak memang mengakui hak tanah adat Bumiputra ke atas tanah dan wilayah yang diduduki oleh masyarakat Dayak. Akan tetapi pelbagai usaha dibuat untuk menggugat kesahihan hak tanah adat seperti Kerajaan Negeri sering melanggar undang-undang ini dengan mengeluarkan konsesi-konsesi, lesen-lesen pembalakan dan geran-geran tanah untuk perladangan komersial.

Dari zaman pemerintahan koloni sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia, sistem pemegangan tanah di Sarawak telah mengalami perubahan yang banyak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini berbagai pindaan telah dibuat di dalam Kanun Tanah Sarawak yang menjejas hak dan status tanah.

Kerajaan Negeri Sarawak juga telah mengubal beberapa siri undang-undang, pindaan dan peraturan berkaitan dengan tanah dan hutan. Ini secara sistematik dan beperingkat-peringkat telah menjejaskan hak tanah adat, sumber-sumber asli dan hutan masyarakat Dayak.

BUKTI TANAH ADAT BUMIPUTRA WUJUD

Kebanyakan masyarakat Dayak tidak mempunyai rekod bertulis tentang sempadan ‘menoa’ mereka. Mereka hanya tahu sempadan mereka melalui lisan dengan mengenali sesuatu tempat bertanda, contohnya, seperti rabung bukit atau gunung, sungai, lembah, banjaran gunung atau bukit, rumpun buluh, kayu tapang atau kayu belian, dan tanda-tanda yang lain.

‘Antara menoa’1 sesuatu komuniti dengan komuniti yang lain telah pun dipersetujui oleh komuniti-komuniti tersebut mengikut adat-resam mereka. Jika ada penduduk-penduduk yang memasuki ‘menoa’ komuniti yang lain tanpa izin maka mereka ini dituduh, dibicara dan didenda mengikut adat masyarakat berkenaan di Mahkamah Penghulu ('Native Court'). Contohnya, ‘Tusun Tunggu’2 digunakan bagi Masyarakat Iban. Di sini nyata bahawa tanah adat Bumiputra mempunyai maksud yang sah kerana Mahkamah Penghulu ('Native Court') mengakuinya.

Pada tahun 1939, kerajaan Brooke telah mengeluarkan Surat Pekeliling Sekretariat No. 12 (Secretariat Circular No. 12) untuk merekodkan sempadan tanah adat secara rasmi. Tujuan penandaan dan rekod sempadan ini ialah untuk sesebuah komuniti merintis dan menanda sempadan menoa mereka. Ia juga bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya pencerobohan dan persengketaan di antara komuniti-komuniti.

Bagi pihak kerajaan sempadan tanah adat adalah untuk mengelakkan masyarakat Dayak dari membuka kawasan tanah kerajaan tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu daripada Pegawai Daerah (DO).

Walaupun masyarakat Dayak telah lama mengamalkan 'antara menoa', namun dengan adanya Surat Pekeliling tersebut, ia telah mengukuhkan dan membuktikan tanah hak adat (NCR) wujud.

Selepas penaklukan Jepun pada tahun 1946, Sarawak telah diserahkan oleh kerajaan Brooke kepada Pemerintahan British sebagai Negeri Jajahan. Pihak British telah merekodkan sempadan-sempadan tanah adat Bumiputra (NCL) masyarakat Dayak dengan membuat peta lakaran (sketch map) kawasan tanah tersebut.

Rekod-rekod ini masih disimpan di Pejabat Daerah, yang dikumpulkan di dalam satu buku yang dinamakan Buku Sempadan atau ‘Boundary Book’. Secara kesimpulan bukti-bukti bahawa tanah NCR wujud adalah:

1. Tanda-tanda fisikal penandaan asal pembentukan sempadan menoa
2. Adat masyarakat
3. Surat Pekeliling Sekretariat No. 12 / 1939
4. Rekod-rekod rasmi (Buku Sempadan)

‘antara Menoa’ di dalam Bahasa Iban bermaksud sempadan di antara sesebuah komuniti dengan komuniti-komuniti yang lain.

usun tunggu' bermaksud susunan hukum adat asal Iban di seluruh Negeri Sarawak, Adat Iban 1993, Majlis Adat Istiadat Sarawak, 29hb Mei 1993.

DAPATKAH MASYARAKAT DAYAK MEMPEROLEHI TANAH HAK ADAT BUMIPUTRA SELEPAS TAHUN 1958 ?

Dapat, dengan kebenaran diberi oleh Kerajaan. Hanya selepas 1hb Januari 1958, masyarakat Dayak tidak dibenarkan menduduki atau membuka kawasan tanah yang baru selain daripada tanah yang terdapat dalam kawasan 'menoa' mereka. Kerajaan Negeri hanya membenarkan masyarakat Dayak membuka dan menduduki Tanah Kerajaan (State Land) jika kebenaran atau permit telah diberi.

Contohnya: Pada tahun 1960'an, komuniti Iban di Sungai Sebatu, dalam kawasan Suai-Niah telah dibenarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menduduki tanah kerajaan dan mereka mempunyai bukti seperti dokumen-dokumen dan peta tanah mereka yang diberi oleh Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Miri. Dengan cara sebegini, hak tanah adat mereka adalah sah.

ADAKAH UNDANG-UNDANG MELINDUNGI HAK TANAH ADAT MASYARAKAT DAYAK?

Ada, seperti yang diperuntukan di dalam Bab 81 Kanun Tanah Sarawak iaitu Seksyen 2 (a), 5 (2) dan 15 (1).

Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak adalah definisi hak tanah adat bumiputera manakala Seksyen 5 (2) pula adalah undang-undang bagaimana cara NCR boleh diperolehi. 

Seksyen 15 (1)1 adalah mengenai perlindungan hak tanah adat.

Ianya menyatakan bahawa tanah kerajaan tidak akan diagih (diberi) milik sehingga semua hak-hak adat di tanah tersebut telah pun diserahkan atau dihapuskan atau peruntukan telah disediakan untuk pampasan orang-orang yang memegang hak-hak tersebut.

Selain daripada Kanun Tanah Sarawak, undang-undang lain yang melindungi tanah NCR ialah:
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan2 menyatakan:

(1) Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut 
undang-undang.
(2) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi 
mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Perkara 47 Perlembagaan Sarawak3 menyatakan:

(1) Tertakluk kepada peruntukkan di dalam Perkara ini, semua harta-benda danaset di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda untuk tujuan Koloni Sarawak, akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.
(2) Mana-mana tanah di dalam Negeri di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.
(3) Mana-mana harta-benda di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini telah pun diambil-milik oleh Baginda akan diambil milik oleh Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMPERTAHANKAN DAN MELINDUNGI TANAH ADAT ?

Beberapa langkah boleh diambil demi mempertahankan dan melindungi hak, harta atau tanah adat daripada dirampas, dicerobohi atau dimusnah dengan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

1. Merekod sejarah komuniti dan membuat kajian tataguna tanah.

2. Membuat survei sempadan menoa dan merekodkan maklumat-maklumat itu di atas peta. (Sila rujuk ke Muka surat 10- Mengapa Peta Menoa Penting ……. ?)
3. Dokumen tanah adat. Mengumpul dan membuat salinan dokumen-dokumen mengenai kewujudan sempadan Menoa dan mengirimkannya kepada ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parlimen yang mewakili, menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan yang releven.
4. Membuat surat aduan kepada Jabatan-jabatan/Agensi Kerajaan, ahli-ahli politikus atau menteri-menteri berkenaan mengenai masalah tanah adat seperti rampasan hak, pencerobohan dan kerosakan.

5. Mengambil gambar dan menanda bukti-bukti fizikal yang terdapat di tanah adat, contohnya lokasi sejarah, kawasan perkuburan, pokok buah-buahan, bekas tapak rumah panjang lama (tembawai) dan sebagainya.

6. Mengambil gambar pencerobohan dan kerosakan ke atas harta, tanah atau sumber-sumber, contohnya syarikat-syarikat swasta (mengambil gambar pekerja-pekerja, jentera yang digunakan dan sebagainya). 

7. Membuat laporan polis tentang pencerobohan, ugutan, kacau atau apa sahaja yang dibuat oleh sesuatu pihak untuk merampas tanah adat dan merosak harta-harta serta sumber yang menyalahi undang-undang. 

8. Mogok. Jika keadaan amat terdesak dan tiada pilihan lain maka, seharusnya mendirikan benteng (blockade) di dalam sempadan tanah adat.

9. Tindakan undang-undang. Membawa kes-kes mengenai tanah ke mahkamah yang bersabit dengan pencerobohan, kerosakan, rampasan dan penghapusan hak tanah.

MENGAPAKAH PETA MENOA (Tanah Adat) PENTING ?

Peta adalah dokumen yang menggambarkan keadaan struktur tanah dan mengandungi maklumat-maklumat penting tentang kawasan tanah adat sesebuah komuniti rumah panjang. Peta Menoa boleh digunakan sebagai bukti kewujudan sempadan dan asas tuntutan hak tanah adat.

Tujuan Peta dan maklumat-maklumat yang diperlukan:

Tujuan membuat peta

-Untuk berunding dengan kerajaan, syarikat swasta, dan lain-lain mengenai projek -pembangunan yang melibatkan tanah adat
-Merancang pemuliharaan sumber asli dan pengurusan tataguna tanah dengan baik
-Mengelakkan pertelingkahan antara kaum tentang milik tanah, dan antara ahli-ahli komuniti
-Menunjukkan lokasi sejarah: kepercayaan, budaya dan adat-resam - untuk --mengajar generasi muda tentang amalan tradisional
Dokumen sebagai bukti untuk tindakan undang-undang di mahkamah

Maklumat-maklumat yang diperlukan
*Tanda sempadan dan keluasan tanah 'menoa'
*Kawasan 'temuda' komuniti
*Hutan komunal dan 'pulau'
*Lokasi kebun, sumber asli, dll
*Lokasi sejarah
*Semua maklumat seperti di atas
*Lokasi kawasan hutan, sungai-sungai dan bukit
*Kawasan tadahan air
*Sempadan tanah adat
*Kedudukan tanah-tanah 'temuda', kebun dan lain-lain
*Tanda-tanda fisikal
*Kawasan 'tembawai'
*Tempat keramat
*Tanah-tanah perkuburan
*Tempat bersejarah
*Semua maklumat seperti di atas
READ MORE- Mengenali Tanah Adat Bumiputera di SARAWAK(Tanah NCR)