Sunday 29 January 2012

Tujuan dan Perancangan Jangka Pendek KOPERASI KOMUNITI MELANAU DALAT BERHAD

Tujuan penubuhan koperasi ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyemarakkan semangat berdaya saing dalam perniagaan dan membina satu mekanisme kebajikan yang mampu berdiri sendiri melalui organisasi kebajukan yang berteraskan perniagaan serta bertujuan membantu komuniti melanau di dalat melalui perancangan jangka masa pendek tetapi konsisten. di samping itu untuk menambah baikkan ekonomi komuniti Dalat melalui perancangan jangka masa panjang sekiranya dapat membangunkan kilang rumbia/sawit.

Perancangan jangka pendek berunsurkan komitmen sosial yang ketara yang akan diurus Koperasi sebagai permulaan aktiviti koperasi:

  • Pengurusan jual beli dalam industri rumbia di Dalat di mana sasaran pelanggan Koperasi adalah pemilik pemilik kebun rumbia yang bekerja jauh dari Dalat. Keuntungan dikongsi bersama dan diuruskan sebaiknya. Selain dari itu perancangan untuk membina Kilang Rumbia.
  • Perladangan sawit di mana ini adalah salah satu perancangan jangka masa panjang. Perancangan jangka masa panjang ada diceritakan di entry sebelum ini (Sila klik di sini)
  • Kedai Mini/Peruncitan/Pemborong - Sasaran pelanggan di dalam perniagaan ini adalah sebagai alternatif kepada komuniti melanau Dalat melalui Mini Market yang menyediakan keperluan majlis perkahwinan atau kematian. Mini market ini akanmembekalkan barang barang keperluan dengan haraga yang berpatutan dan dengan kadar segera.
  • Pengangkutan - Perniagaan ini adalah untuk memberi khidmat pengangkutan melalui jalan Dalat - Oya - Mukah. Perkhidmatan ini juga adalah untuk khidmat kebajikan di mana pengangkutan disediakan bagi komuniti yang berada di luar dalat e.g menyediakan pengangkutan untuk membawa jenazah/keranda. Perancangan jangka panjang bahagian pengangkutan ini adalah mencebur dalam bidang pengangkutan dalam negeri.
Diharapkan dengan penubuhan Koperasi KOmuniti Melanau Dalat Berhad ini, akan membantu meningkatkan taraf ekonomi komuniti melanau dalat dan dengan koperasi yang berlandaskan kebajikan ini akan meringankan beban yang dihadapi orang tertentu.





READ MORE- Tujuan dan Perancangan Jangka Pendek KOPERASI KOMUNITI MELANAU DALAT BERHAD

Friday 27 January 2012

Pengkalan Tentera Laut di Dalat

State’s naval base to be built in Dalat — Defence minister


Posted on January 28, 2012, Saturday

KUCHING: The state’s first naval base would be built in Dalat, Mukah, but its construction would only take off after the site is identified and allocation granted, said Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
He said the original plan to build it at Kampung Buntal here had been scrapped as the site was deemed unsuitable.
“After a thorough inspection, it was found that the land (Buntal) is not suitable. My discussion with Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud concludes that it be built in Dalat,” he told reporters when met at businessman Barry Tan’s Chinese New Year open house here on Thursday.
Zahid explained that there was a need to build a naval base in Sarawak to better safeguard the state.
“We have one at Teluk Sepanggar, in Sabah and Labuan, but they are too far away to cater to the needs of Sarawak.”
On when the project would take off, Zahid said it depended a lot on the 2013 federal budget.
“We have already applied for the allocation, and hoped it would be included under the 11th Malaysia Plan.
“For 10MP, it was not comprehensively stated in the budget as my Ministry had yet to identify a strategic location.”
As for the location, he said his ministry would work closely with the state government and the Economic Planning Unit (EPU) to find a strategic site.


Credit to: http://www.theborneopost.com/2012/01/28/states-naval-base-to-be-built-in-dalat-defence-minister/#ixzz1kiimUQma
READ MORE- Pengkalan Tentera Laut di Dalat

Wednesday 25 January 2012

Titik mula tercetusnya Malaysia


"Saya melihat perkara yang penting mengenai dengan Malaysia sebenarnya, adalah untuk membolehkan wilayah Borneo memerintah sendiri sekaligus merdeka dalam Malaysia. Hari Penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Malaya untuk meneruskan penjajahan, apabila wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah lagi tetapi menjadi rakan kongsi yang sama taraf tidak lebih dan tidak kurang dengan negeri lain. Negeri lain yang dimaksudkan iaitu Sarawak, Singapore dan Malaya"

Petikan ucapan Tuanku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaya.
Sumber: Strait Times, October 2, 1962



READ MORE- Titik mula tercetusnya Malaysia

SABAH SARAWAK WAJAR BEBAS DARI MALAYSIA

Long Live Sabahan: SABAH SARAWAK WAJAR BEBAS DARI MALAYSIA: SECARA sedar atau tidak, sekumpulan elit Generasi Sabah dan Sarawak sekarang sedang memimpin rakyat Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan peng...
READ MORE- SABAH SARAWAK WAJAR BEBAS DARI MALAYSIA

Tuesday 24 January 2012

MALAYSIA merdeka 31 Ogos??


Setelah bertahun kita telah dikaburi oleh kerajaan Malaya, kita di sarawak telah menyambut kemerdekaan setiap tahun tanggal 31 Ogos... kita telah diajar semenjak sekolah menengah lagi bahawa Malaysia merdeka 31 Ogos 1957....

Tapi tahukah kalian Malaysia belum wujud pun pada 31 Ogos 1957? Penubuhan Malaysia hanyalah pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya setuju menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia tetapi menarik diri kerana Sultan Brunei diberi kedudukan yang rendah berbanding Sultan Sultan Melayu yang lain disamping bantahan dari kalangan rakyatnya....

Setiap tahun kita bergembira melaungkan merdeka pada tarikh berkenaan, tapi kita Rakyat Sarawak ni sebenarnya sedang bergembira di atas kemerdekaan TANAH MELAYU... jadi sedarlah kawan kawan ku semua... Mari boikot sambutan ini di Sarawak....

Pada tahun 2011, sambutan Hari Kemerdekaan ditangguh ke 16 September, kerana Ogos telah jatuh pada bulan puasa dan dapat sambut serentak dengan Hari Malaysia. Sumber Tema Hari Kemerdekaan Mari kita lihat tahun ini masih disambut atau tidak.... Jangan lah anda sekalian teruja ingin menyambut kemerdekaan orang lain ok? (^__^)





p/s: jika anda ingin melihat Sabah dan Sarawak menuntut hak yang lama hilang serta keluar dari Gagasan Malaysia, sila sign petition ini Petisyen Hak Sabah dan Sarawak



READ MORE- MALAYSIA merdeka 31 Ogos??

Monday 23 January 2012

SARAWAKIAN SAY NO TO UMNO

UMNO adalah parti yang tidak relevan dengan suasana politik di Sarawak... Parti UMNO terlalu perkauman... Mereka perlu belajar dari sarawak apa itu perpaduan sebenar.... kami tidak perlukan parti yang RACIST di Sarawak....

Ramai yang tidak mengetahui, UMNO sebenarnya sudah menular di Sarawak ini sebagai buktinya UMNO SARAWAK

Mungkin penulis blog ini bukan orang Sarawak.... tapi hanyalah "SPY" dari semenanjung yang hanya mencuba merisik penerimaan rakyat sarawak terhadap UMNO...

"UMNO tak semestinya parti yang terulung dan dipilih sebagai last resort di Sarawak. gagal di semenanjung pada pilihanraya umum lepas cukup mencerminkan kelemahan UMNO untuk menyatupadukan orang melayu. ramai melayu lari masuk PAS dan PKR. ini pula nak menyatupadukan rakyat bumiputera Sarawak. that's is the job for PBB and it has been proven PBB berjaya mengekalkan perpaduan bumiputera di Sarawak. lihat saja rekod kemenangan PBB dalam pilihanraya sarawak yang lepas.

UMNO jangan terlalu merasa diri sebagai parti penyelamat. dan kepada pihak2 yang menggunakan nama UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat bumiputera sarawak selama ini, sila hentikan perbuatan jijik kalian semua.

jangan lupa jasa PBB dan parti komponen lain dalam BN sarawak yang menyelamatkan kerajaan malaysia pimpinan UMNO daripada kalah pada PRU umum yang lepas! BN hanya menang dengan majoriti mudah! jangan lupa! kembalikan dulu keyakinan orang melayu di malaya terhadap UMNO sebelum cuba nak jadi jaguh ditempat org lain!" - Komen dari anonymous



tapi sayangnya semakin banyak hak Sarawak untuk menikmati pembangunan seperti di Semenanjung kini dinafikan... tak payah tengok contoh kecil, mari kita tengok contoh besar.... KAPIT, mana ada jalan raya sebagai penghubung ke bandar bandar besar.... sedangkan KAPIT adalah Bahagian yang penting dalam lipatan sejarah MALAYSIA... wahai penulis blog UMNO Sarawak, buka mata besar besar dan melangkahlah lebih jauh di pelusuk Sarawak ini...

READ MORE- SARAWAKIAN SAY NO TO UMNO

Kisah Brunei dan Gagasan Malaysia


Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. 

PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. 

Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. 

Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.

READ MORE- Kisah Brunei dan Gagasan Malaysia