Wednesday 11 January 2012

Mengapa harus Sabah dan Sarawak menjadi negeri?

Malaysia dibentuk dalam konteks tiga buah negara yang merdeka dan berdaulat. Sebab itu, selepas Perjanjian 20 Perkara ditandatangani di London pada 9 Julai 1963, Sarawak telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 22 Julai 1963 dan disusuli oleh Sabah yang mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.


Mengapakah Sabah dan Sarawak perlu mengisytiharkan terlebih dahulu kemerdekaannya dari British... sebelum dikuatkuasakan gagasan komponen kenegaraan Malaysia pada 16 September 1963?


Jawapannya ialah, bagi mengesahkan kewujudan gagasan kenegaraan Malaysia yang dianggotai oleh beberapa komponen negara yang merdeka dan berdaulat. Dengan ungkapan lain, Malaysia adalah sebuah komponen negara yang dalam realiti terkini dibentuk oleh tiga buah negara yang merdeka dan berdaulat, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak yang sewajarnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi!


Justeru, saya tegaskan dalam bentuk paradigma kenegaraan bahawa, Malaysia wajib dibaca dalam konteks satu ketua negara (Agong) dan tiga ketua kerajaan (Perdana Menteri) masing-masing, sebagaimana konsep komponen kenegaraan Great Britain yang terdiri dari tiga komponen negara, iaitu England, Scotland dan Wales.


Betapa tiga komponen negara Great Britain dalam sudut antarabangsa hanya satu ketua negara iaitu (Ratu England), tetapi dipimpin oleh tiga ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang berlainan. Demikianlah sebenarnya maksud pengisytiharan kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari British sebelum 16 September 1963.



No comments:

Post a Comment