Untuk merealisasikan perancangan koperasi untuk membantu komuniti melanau Dalat, pihak Ahli Lembaga Koperasi(ALK) di dalam perancangan untuk memohon tanah melalui agensi yang berkaitan. Pra perbincangan bersama agensi yang berkaitan telah dilakukan cuma kini menunggu sijil pendafaftaran koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk projek ini ke hadapan. Pihak ALK berharap akan mendapat sokongan dengan mengisi borang pendaftaran dengan segera dari komuniti melanau Dalat. di bawah ini adalah perancangan kita untuk koperasi bagi jangka masa panjang.
CADANGAN PERMOHONAN PEMILIKAN TANAH STATELAND BAGI TUJUAN PERLADANGAN KELAPA SAWIT OLEH KOPERASI KOMUNITI MELANAU DALAT BERHAD.
Objektif : Permohonan Tanah Stateland di Dalat Catchment
Area untuk Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad.
Keluasan : 2700 ha approximately
Projek` : Konsep Ladang Rakyat seperti konsep NCR
(Perladangan Kelapa Sawit).
Perolehan : 50% untuk Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad.
: 20% untuk JKKK Kawasan Kampung penat, Kampung-
Kampung Batang Oya dari Kuala Oya hingga Kampung
Kelid termasuk kampung-kampung dalam kawasan Sungai
Kut dimana pembayaran adalah melalui Koperasi Komuniti
Melanau Dalat Berhad. Pembayaran hendaklah dibuat
setahun sekali kepada JKKK melalui Pengerusi-pengerusi
JKKK berdasarkan keuntungan tahun-tahun semasa selepas
cukai.
: 20% untuk membiayai dan mengisi Tabung Kebajikan dan
pendidikan Komuniti Melanau Dalat Berhad yang akan
dikendalikan oleh Persatuan Komuniti Melanau Dalat
dimana sekurang-kurangnya duaorang Ahli Jawatankuasa
pemegang Amanah Tabung tersebut adalah Anggota
Lembaga Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad.
: 10% Pemaju.
Agensi Pemaju : FELCRA bhd.
Laporan EIA : Pemaju 100% mengurus serta membayar kos menyediakan
laporan EIA.
Proses memohohan akan dibuat oleh Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad dan satu ikatan persefahaman akan dimeterai dengan FELCRA Bhd. sebagai agensi pemaju.
Pemilikan tanah ini adalah 100% milik Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad. Geran hendaklah atas nama Koperasi Komuniti Melanau Dalat Berhad. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi hanya mendapat elaun semasa mesyuarat atau perbincangan diadakan.
Setiap Ahli-ahli Koperasi berhak untuk mencadangkan perlantikan Audit dalaman dari kalangan Ahli-ahli Koperasi yang berkelayakan bagi tujuan pengauditan.
No comments:
Post a Comment